Friday, April 8, 2011

HIKMAH PENGHARAMAN BABI

Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah . Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."” (Surah Al-Baqarah ayat 173)

Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi dan produk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umat Islam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab dan rahsianya.
---
Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi
---
Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:
---
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis
---
Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
---
Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China
---
Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, "Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”
----
Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-Catatan Kesihatan). Di antara isi-isinya ialah, “Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.”
----
Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch’en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliau berkata, “Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya.”
----
Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpa ke atas manusia yang memakannya.
----
Virus-Virus Baru Keluaran Babi
---
Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
---
Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.
---
Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.
---
Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah:
---
• Porcine Torovirus.
• Porcine Rotavirus (Variant 4F).
• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
• H3N2 Swine Flu Virus.
---
Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya
----
Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.
---
Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca dari virus babi.
---
Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.
---
Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."
---
Babi Dengan Masalah Yang Berterusan
---
Sejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tang dan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudian pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pula kuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.
---
Note: (Diterbitkan dalam Majalah i bagi bulan Ogos, 2004, terbitan Karangkraf)Nukilan,Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. danPenulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Artikel ini disalin dari :http://fauzanibrahim.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

Ucaplah tahniah atas kematian isteriku


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.

Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”

Thursday, April 7, 2011

Lajukan Broadband yang dah habis limit.



Semalam aku jalan-jalan kat blog ataupun berblog walking aku terjumpa satu tutorial yang menarik dan tiptop. Ble aku baca sampai habis perghh mmg best siot. So aku patut tulis balik dalam belog untuk rujukan mendatang.

Bagi yang guna broadband macam aku memang sure layan tutorial neh. Benda neh aku tak test lagi sebab broadband aku masih ada data lagi. Tengoklah beb baru awal bulan. Agak2lah pun nak menganas habiskan data broadband pun kan? Heh.

Buka broadband korang dan sambungkan ke internet macam biasa. Lepas tue follow step kat bawah neh okey ;

1. Mula-mula korang kena pastikan apa ip address korang. Cara nak check ip korang kena klik
http://www.whatismyip.com/

2. Lepas tue buka notepad. Korang tahu kan apa tue notepad? Kalau taktahu buang aje laptop tu pergi sekolah :)

3. Paste benda neh kat notepad tadi.

c:\windows\system32\ping [jarak] ip adress korang [jarak] -t

4. Save kan file tadi sebagai ping.bat. Save kat desktop.

5. Kemudian cari balik file yang korang savekan tadi. Klik untuk buka. Nanti akan terkeluar satu command prompt. Biarkan command prompt tue terbuka ketika korang sedang online.

Then korang bandingkan internet speed korang sebelum dan selepas buat benda neh bila broadband korang habis data/cecah limit. okey? Aku tak terai lagi sebab gune line So takley nak share pengalaman. Cuma baca pengalaman orang lain je. Kalau korang tengok ada perubahan share sini okey.

Last, sila ulang balik dari mula kalau korang terkeluar/mengeluarkan diri dari connection okey.

Benda neh untuk seme jenis broadband. Nanti share result kat sini okey. Nak tgk betul ke tak.

Telinga koyak, tubuh digigit

PARAH... telinga Rafiq yang hampir putus akibat diserang anjing.

KOTA TINGGI: “Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini.

Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.


Dia yang ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini, semalam, berkata ketika kejadian itu dia dan Muhammad Rafie berjalan kaki pulang ke rumah sebelum tiba-tiba dikejar empat anjing jiran.

Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.


“Saya dicakar serta digigit. Sakit sangat rasanya masa itu. Tidak lama kemudian kembar saya datang bersama beberapa penduduk lalu menghalau semua anjing itu.


“Syukur kerana mereka cepat membantu, jika tidak, saya tidak tahu apa akan berlaku,” katanya.

Rafiq menerima 30 jahitan di seluruh badan manakala telinga kanannya dijahit bagi menyambung koyakan lebar.


Abang pasangan kembar berkenaan, Mohd Shahril, 23, berkata empat anjing itu dipercayai milik seorang peniaga ikan yang tinggal kira-kira 200 meter dari rumah mereka untuk mengawal harta bendanya.

Entah bagaimana, pada petang hari kejadian anjing peliharaannya terlepas lalu mengejar dua adik saya itu. Ini kejadian pertama membabitkan anjing menyerang manusia di kampung ini.


“Saya harap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini kerana bimbang jika tiada tindakan dibuat, perkara lebih buruk mungkin boleh berlaku,” katanya.


Bapa mangsa, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian, dia berada di Melaka kerana berkursus.


“Pemilik anjing itu ada datang ke hospital menjenguk anak dan berjanji membiayai segala kos perubatan sehingga Rafiq sembuh,” katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, Naib Pengerusi Umno Bahagian Tenggara, Suhaimi Khalid serta Ketua Wanita UBT, Datin Salasiah Idris turut melawat keluarga mangsa.


(Berhati hati lah jaga keselamatan diri)